Wednesday 18 April 2018

HOMESTAY MURAH BEAUFORT, HOMESTAY BAJET BEAUFORT, HOMESTAY BEAUFORT SABAH, BEAUFORT HOMESTAY. 

Itulah key word yang selalu digunakan oleh pelanggan kami, harap2 search engine (pakcik google) akan paparkan homestay kami..huhuhu..

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Mar'Wanis Homestay Beaufort nama diberi, maksud nama ni biarla rahasia..tapi jika anda berkunjung ke pekan Beaufort sabah, Homestay kami memang tidak asing lagi kerana perkhidmatan yang kami berikan adalah sangat baik.

Lokasi Homestay kami terletak di Taman Wawasan fasa 3, dekat dengan kompleks sukan Beaufort, JKR Beaufort, Hospital Beaufort, SMK Beaufort, pokoknya yang dekat dengan Beaufort itulah Mar'Wanis homestay Beaufort.

Homestay kami merupakan Rumah terrace 2 tingkat, mempunyai 3 bilik, 2 tandas, nanti sy terangkan apa y ada dalam rumah ok.
Pandagan Hadapan Homestay
Mula2 kita tengok ruang tamu, kami buat konsep simple sahaja, tidak ingin banyak perabot atau aksesori kerana kami mengutamakan ruang untuk pelanggan kami, kalau keluarga tidak ramai ok tapi kalau 2-3 famely tu memang akan mendatangkan masalah jika banyak perabot. di ruang tamu ini juga disediakan TV plat screen 32" dan astro basic chanel. Sofa kami hanya sediakan L shape sahaja. klu mau baring2 satu keluarga atau anak mau lari2 pon tiada masalah sebab ruang memang cukup luas.


seterusnya ruang makan, kami menyediakan meja makan 6 tempat duduk..jagan risau jika keluarga ramai bolehla makan dibawah menggunakan japanese table. kami juga menyediakan peti sejuk untuk memudahkan pelanggan menyimpan makanan.

 kemuadian kita beralih pula ke bahagian dapur, dapur kami menyediakan segala kelngkapan seperti dirumah anda, jangan risau kalau setakat masak rendang tu boleh lepas..huhuhu..
ok yang paling penting pelanggan mahu tengok ialah bilik.. saya nak tengok bilik..mana bilik? hahaha...untuk master bed room kami sediakan sebuah katil queen dan bilik ini mempunyai aircond dan tandas persendirian. manakala bilik kedua pula katil queen dan kipas ceiling, bilik ketiga pula katil single beserta ceiling fan juga.
master bed room

bilik 2
bilik 3


 selain daripada semua yang dinyatakan diatas kami juga menyediakan
-Mesih basuh
-streka berserta meja
-sejadah
-ampaian (tempat jemur kain)

kami sangat teruja menerima tetamu dan melengkapkan Homestay kami seperti rumah anda sendiri. kami juga menerima pendapat diberikan oleh pelanggan kami untuk penambahbaikan..

jika anda ingin mencari Homestay di pekan beaufort, pastikan Mar'Wanis Homestay Beaufort pilihan Anda.

untuk tempahan bolahla meghubungi melalui call/whatapps

Wan 0197674967